13 wasiat Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali
RASULULLAH SAW ada menyampaikan pesanan dan wasiat kepada isteri, anak, kaum kerabat dan umat Islam seluruhnya. Namun antara wasiat yang menarik dan boleh dijadikan bahan renungan bersama ialah wasiatnya kepada menantu baginda, Saidina Ali Abu Talib.
Sungguhpun wasiat itu khusus kepada Ali, namun kita sebagai Muslim dan muslimah, perlu menjadikannya sebagai iktibar lalu menjadikannya amalan.
Larangan dan suruhan Rasulullah saw melalui wasiat itu, adalah juga untuk kaum Muslimin dan muslimat. Malah, boleh dikatakan semua perkara dalam wasiat itu adalah ciri-ciri utama orang beriman.
Berikut adalah antara wasiat Nabi kepada Ali seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas:
Ibnu Abbas meriwayatkan, bahawa Ali Abu Talib berkata: "Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, mengutarakan tiga belas wasiat khusus untukku:"
1. Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Bahawasanya barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).
2. Wahai Ali, janganlah engkau ‘memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah'. Sesungguhnya itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.
3. Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: "Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" ( Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman: "Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".
4. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya berdusta itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan, bahawasanya benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya sidq (benar) itu berkat dan kizb (dusta) itu celaka.
5. Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu- dumba. Bahawasanya orang berbuat demikian itu diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.
6. Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah jadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.
7. Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.
8. Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.
9. Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencolek (mencungkil) gigi. Bahawasanya bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencolek gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat amat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi tidak dicolek selepas makan.
10. Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah.Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah Taala ke atas hamba-Nya. Pertahankah diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.
11. Wahai Ali, perhitungkanlah (tahassub) kurniaan Allah yang telah engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau peroleh peruntukan daripada Allah.
12. Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.
13. Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.
Wahai Ali, peliharakanlah pesananku (wasiatku). Engkau akan peroleh kemenangan dan kelepasan. InsyaAllah...
Islam pada awalnya asing dan akan kembali terasing, maka berbahagialah kiranya bagi yang terasing.
DEFINASI
Sujud Syukur ialah sujud terima kasih kerana mendapat nikmat (keuntungan) atau terhindar daripada bahaya dan kesusahan yg besar.
Waktunya
Sujud Syukur disunatkan sewaktu mendapat keuntungan atau sewaktu terhindar daripada bencana dan sebagainya
Dalilnya
Daripada saidina Abu Bakar r.a. menceritakan bahawa Nabi Mohammad s.a.w. Apabila datang kepada beliau sesuatu yang mengembirakan atau khabar yang baik, beliau terus sujud berterima kasih kepada Allah taala. Hadis diriwayatkan oleh Abu Daud dan Termidzi r.a.
Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam
Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat
Cara-cara melakukannya.
Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat
Bacaan dalam sujud
1. SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALA ILAHA ILLALLAH HUWALLAHU AKBAR 3kali
2. Kemudian berdoa di dalam hati dalam bahasa melayu (peringatan kalau dilafazkan dalam bahasa melayu batal sujud syukur tersebut)
A. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DI ATAS KURNIAAN DAN NIKMATMU
B. YA ALLAH KAMI BERSYUKUR DENGAN REZEKI YANG TELAH ENGKAU BERIKAN KEPADA KAMI
C. YA ALLAH AMPUNLAH DOSA-DOSA KAMI, KEDUA IBU BAPA DAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN
D. YA ALLAH JAUHILAH RUMAH DAN TEMPAT KERJA KAMI DARI BENCANA DAN MALAPETAKA
E. YA ALLAH KAMI BERJANJI UNTUK MENTAATI SEGALA PERINTAH-MU DAN MENJAUHI SEGALA LARANGAN-MU
Sebahagian Petikan...
...Menurut fatwa Imam Syafie, adalah haram mengadakan kenduri
arwah dengan menikmati hidangan di rumah si Mati, terutama jika si Mati
termasuk keluarga yang miskin, menanggung beban hutang,
meninggalkan anak-anak yatim yang masih kecil dan waris si Mati
mempunyai tanggungan perbelanjaan yang besar dan ramai. Tentunya
tidak dipertikaikan bahawa makan harta anak-anak yatim hukumnya
haram. Telah dinyatakan juga di dalam kitabnya jld. 2. hlm. 146:
...Dan antara bid’ah yang mungkar ialah kebiasaan orang
yang melahirkan rasa kesedihannya sambil berkumpul
beramai-ramai melalui upacara (kenduri arwah) dihari keempat
puluh (empat pulu harinya) pada hal semuanya ini adalah
haram.
Download Buku Penuh Pendapat Imam Shafie (38 m/s shj) : Klik DiSini
Baca sahaja tanpa download : Klik Disini
Soalan:
Adakah ada solat sunat sebelum (qabliah) sembahyang Jumaat?
************************************
Jawapan:
Alhamdulillah…
Pendapat yang paling tepat diantara dua pandangan di kalangan para ulamak ialah tidak ada solat sunat rawatib sebelum solat Jumaat (qabliah Jumaat). Tetapi dibolehkan kepada seseorang itu apabila dia datang ke masjid untuk solat sunat sebanyak mana yang dikehendakinya secara dua rakaat-dua rakaat. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Solat (sunat) di waktu malam dan siang adalah secara dua rakaat-dua rakaat”. – (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ahli sunan yang lain dengan sanad yang hasan, dan asalnya terdapat di dalam al-Sahih dengan tidak disebutkan perkataan “siang”).
Pendapat ini adalah berdasarkan apa yang disebutkan oleh Nabi saw di dalam hadis-hadis Baginda yang menyatakan bahawa apabila seseorang itu datang ke masjid pada hari Jumaat, maka dia boleh menunaikan sembahyang sunat sebelum keluarnya imam (untuk menyampaikan khutbah). Nabi saw pula tidak menetapkan jumlah rakaatnya samada dua atau empat atau pun lebih daripada itu. Maka semuanya adalah baik, dan sekurang-kurangnya ditunaikan dua rakaat solat tahiyat al-masjid.
Ada pun selepas daripada solat Jumaat, disunatkan untuk seseorang itu menunaikan solat sunat (ba’diah) sekurang-kurangnya dua rakaat dan paling banyak adalah empat rakaat. Ini berdasarkan hadis Nabi saw yang bermaksud:
“Sesiapa di kalangan kamu yang sembahyang (sunat) selepas daripada solat Jumaat, maka sembahyanglah sebanyak empat rakaat” – Hadis riwayat Muslim.
Nabi saw pula menunaikan solat dua rakaat di rumahnya selepas daripada solat Jumaat.
(Kitab Majmu’ Fatawa wa al-Maqalat oleh al-Syiekh al-‘Allamah Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, jil. 12, ms: 386)
-------------------------------------
Selepas azan Jumaat berkumandang, mana yang lebih afdal: duduk mendengar khutbah atau melakukan solat Tahiyatul Masjid? Sabda Nabi saw:
--------------------------------------
Jawapan Tuan Hj Kamin
"Apabila salah seorang dari kamu masuk kedalam masjid, dia hendaklah tidak duduk sehingga melakukan 2 solat" - [Hadith sahih, mutafaq 'alaih].
Didalam sebuah riwayat ada menyebut bahawa sedang Nabi :saw menyampaikan khutbah, lalu masuk seorang sahabat dan beliau duduk. Nabi :saw memerintahkan sahabat tersebut melakukan solat Tahiyatul masjid.
Ini jelas menunjukkan bahawa perkara yang afdal ialah melakukan solat tahiyatul masjid dan selepas itu mendengar khutbah. WA.
Sekian, wassalam
Recent Comments
Label